Alumni KVMT

PERUTUSAN PENGARAH KVMT
TN. HJ. ABDUL AZIZ BIN OMAR

Buku Pendaftaran Pelajar Baharu, 2015

Tahniah! Pelajar yang berjaya ditawarkan mengikuti Program Kolej Vokasional Melaka Tengah, 2015 diminta untuk memuat turun dan cetak Buku Pendaftaran Pelajar 2015. Borang-borang yang terdapat di dalam buku ini hendaklah diisi dengan lengkap dan di bawa bersama semasa pendaftaran.

Klik ==> Buku Pendaftaran Pelajar 2015

Ambilan Pelajar Baharu Program KV & SMT 2015

Untuk makluman semua, BPTV sedang melaksanakan pengambilan pelajar baharu bagi Program Kolej Vokasional Dan SMT ambilan Januari 2015. Turut dimaklumkan bahawa sesi penggal persekolahan  di seluruh Malaysia ditangguhkan ke 11 Januari (Kump. A) Dan 12 Januari (Kump. B) berikutan banjir yang sedang melanda negara ini.

Sehubungan dengan itu, temu duga/pemilihan dan pemdaftaran pelajar baharu akan ditangguhkan berdasarkan ketetapan seperti berikut:

a. Sesi Temu Duga / Pemilihan - 11 hingga 18 Januari 2015
b. Semakan Tawaran - 20 hingga 25 Januari 2015
c. Pendaftaran - 26 Januari 2015

Sekian, harap maklum.

Penangguhan Sesi Pendaftaran Pelajar

Tarikh baharu permulaan sesi pendaftaran pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah adalah seperti ketetapan berikut:

Pendaftaran Asrama : 11 Januari 2015 (Ahad, jam 2.00 petang)
Pendaftaran Kolej : 12 Januari 2015 (Isnin, jam 8.00 pagi)
Taklimat DVM : 12 Januari 2015 (Isnin, jam 9.00 pagi)

Majlis Taklimat Tahun 3 DVM yang dijadualkan pada 5 Januari 2015 DIBATALKAN. Bagi memudahkan urusan, pelajar DVM DIBENARKAN mendaftar asrama pada hari Isnin, 12 Januari 2015 supaya ibubapa/penjaga pelajar dapat menghadiri Taklimat DVM. Semasa pendaftaran, pelajar hendaklah berpakaian kemas (Uniform Kolej - lama/baru).

Harap maklum.

Festival Lagu Asli KaVOT 2014

Sabtu, 27 September 2014 - Dua orang pelajat KVMT telah menyertai Festival Lagu Asli KaVOT Peringkat Zon Melaka - Negeri Sembilan telah diadakan di Kolej Vokasional Post Dickson. Dalam pertandingan nyanyian solo, Pasukan KVMT berjaya meraih Johan (Kategori Lelaki) dan Naib Johan (Kategori Perempuan). Syabas dan tahniah serta ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan pelajar yang terlibat.

Pertandingan Dikir Barat KAVoT 2014

Sabtu, 20 September 2014 - Pasukan Dikir Barat KVMT telah menyertai Pertandingan Dikir Barat KAVoT 2014 Peringkat Zon Melaka - Negeri Sembilan di Kolej Vokasional Juasseh. Pertandingan ini anjuran Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV) yang dikelolakan oleh Kolej Vokasional Juasseh. Pasukan KVMT telah berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan ini. Syabas dan tahniah!

Page 1 of 13

Hubungi Kami

Kolej Vokasional Melaka Tengah,
Jalan Tun Telani,
75450 Bukit Katil,
Melaka.

Email: mha2002@kvmt.edu.my
Telefon: 06 232 6190
Fax: 06 232 9672

Waktu Operasi

Isnin hingga Khamis:
8.00am to 05.00pm

Jumaat:
8.00am to 12.00pm | 2.45pm to 05.00pm

Joomla templates by Joomlashine