PENILAIAN AKHIR 1 DIPLOMA, SEMESTER 1 TAHUN 2018.
Sila rujuk jadual PA di atas.
(KLIK PADA GAMBAR DI ATAS UNTUK PAPARAN JADUAL YANG LEBIH JELAS.)
TEORI : 23 - 30 APRIL 2018
AMALI : 30 APRIL - 15 MEI 2018
PERHATIAN :
Taklimat PA pada jam 7.45 pagi. Para pelajar dikehendaki hadir seawal jam 7.40 Pagi.
Kehadiran pelajar menduduki PA ini adalah WAJIB bagi yang layak. Kegagalan pelajar hadir boleh menyebabkan pelajar gagal kursus tersebut.
JUMAAT, 20 APRIL 2018 - KVMT menucapkan terima kasih atas kehadiran Prof Madya Dr Erween Bin Abdul Rahim dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) KE KVMT pada 19 - 20 April 2018. Banyak ilmu yang dikongsikan dan maklumat untuk membantu KVMT mencapai Akreditasi MQA. Tahniah kepada para pensyarah yang terlibat dan moga ilmu ini dapat dimanfaatkan.
JUMAAT, 12 APRIL 2018 - Tahniah kepada pasukan Bola Sepak KVMT yang berjaya mempertahankan kejuaraan di dalam Pertandingan Bola Sepak VOKTEK 2018 Zon Melaka & Negeri Sembilan. Kejayaan ini sekaligus menjadikan KVMT layak mewakili Zon Melaka & Negeri Sembilan ke VOKTEK Kebangsaan di Kuantan, Pahang. Tahniah atas kejayaan ini.
RABU, 11 APRIL 2018 - Pihak PIBG KVMT bersetuju menerima Sebut Harga Pemasangan Perkhidmatan UNIFI oleh pihak TM. Penyerahan Surat Setuju Terima oleh pihak PIBG KVMT kepada pihak TM telah berjalan lancar. Usul Pemasangan Perkhidmatan UNIFI telah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG KVMT Kali Ke-30 pada Mac 2017 dan diluluskan. Pihak PIBG KVMT telah mengadakan beberapa sesi pertemuan dan perbincangan dengan pihak TM bagi mendapatkan perkhidmatan yang terbaik pada harga yang dipersetujui. KVMT mengucapkan terima kasih pada pihak PIBG KVMT yang komited dalam membantu kolej menyediakan kemudahan yang terbaik buat pelajar.
AHAD, 8 APRIL 2018 - Tahniah diucapkan kepada pasukan KVMT Thunderbolts yang berjaya menjadi johan Pertandingan Ragbi VOKTEK Tahun 2018 Zon Melaka & Negeri Sembilan. Selaku johan, KVMT Thunderbolts layak mewakili Zon Melaka & Negeri Sembilan ke VOKTEK Kebangsaan di Kuantan, Pahang. Tahniah kepada para pensyarah & pelajar yang terlibat.
Kolej Vokasional Melaka Tengah
Jalan Tun Telani
75450 Bukit Katil
Melaka.
Email : mha2002@1bestarinet.yes.my
No. Telefon : 062326190
No. Faks : 062329672
Isnin hingga Khamis:
8.00am to 05.00pm
Jumaat:
8.00am to 12.00pm | 2.45pm to 05.00pm