02.jpg

PERUTUSAN PENGARAH KVMT
HJ. TUAH BIN TALIP

Sejarah KVMT

Kolej Vokasional Melaka Tengah sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah. Sekolah ini dibina pada Januari 1984 di atas sebidang tanah yang keluasannya ialah 15.46 hektar melalui pinjaman dari Bank Pembangunan Asian 1.

Projek ini menelan kos sebanyak RM32 juta di mana RM24 juta disalurkan untuk pembinaan bangunan dan infrastruktur dan yang selebihnya digunakan untuk membeli kelengkapan dan perkakasan sekolah. Projek ini telah berjaya disiapkan pada bulan Disember 1985 dan pengambilan pelajar bagi sesi pertama sekolah untuk jurusan vokasional telah diadakan pada 20 April 1986.

Sejak pembukaan sekolah ini, banyak perubahan telah berlaku. Pada tahun 1988, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) telah digantikan dengan Sijil Pelajaran Malaysian Vokasional (SPMV). Perubahan ini telah memberi peluang kepada pelajar vokasional untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi seperti Politeknik. Dalam tahun yang sama, kursus sijil asas kemahiran juga diperkenalkan bertujuan untuk melengkapkan pelajar vokasional dengan kemahiran yang sewajarnya untuk memenuhi permintaan pasaran industri.

Pada tahun 1995, Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah dengan menawarkan aliran baru iaitu Aliran Teknik dan masih mengekalkan aliran vokasionalnya. Pelajar-pelajar ini mengambil Peperiksaan SPM pada tahun ke-2 persekolahan. Semenjak penukaran ini, kursus sijil asas kemahiran tidak lagi ditawarkan kepada pelajar baru sesi-sesi seterusnya.

Pada tarikh 1 Januari 2013, Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah telah melalui proses penjenamaan menjadi Kolej Vokasional Melaka Tengah yang menawarkan 8 kursus vokasional dan 2 kursus kemahiran. Pelajar-pelajar vokasional akan dinilai berdasarkan kompitensi modul dan akan dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) setelah berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahun (8 semester).

Projek Tahun Akhir (PTA)

Latihan Industri

                        

 "      Permohonan KV/SMT  

      

      

Hubungi Kami

Kolej Vokasional Melaka Tengah
Jalan Tun Telani
75450 Bukit Katil
Melaka.

Email : mha2002@1bestarinet.yes.my
No. Telefon : 062326190
No. Faks : 062329672

Waktu Operasi

Isnin hingga Khamis:
8.00am to 05.00pm

Jumaat:
8.00am to 12.00pm | 2.45pm to 05.00pm

Joomla templates by Joomlashine