03.jpg

PERUTUSAN PENGARAH KVMT
HJ. TUAH BIN TALIP

8 Prinsip Pengurusan Berkualiti

 1. TUMPUAN KEPADA PELANGGAN

Pelanggan merupakan sebab wujud sesebuah organisasi. Kehendak semasa dan masa depan pelanggan perlu difahami organisasi. Oleh itu, organisasi perlu dapat melebihi harapan pelanggan.

 

2. KEPIMPINAN

Pengurusan atasan perlu mewujudkan kesepakatan dalam memandu organisasi mencapai matlamat pewujudannya serta menilai semula sistem pengurusan kualiti bagi memastikan ianya masih sesuai dan berkesan.

3. PENGLIBATAN ANGGOTA ORGANISASI

Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi. Penglibatan dan kompetensi anggota-anggota ini amat diperlukan untuk menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi.

4. PENDEKATAN PROSES

Pendekatan proses bermaksud proses transformasi input kepada output . Hasil yang dihasratkan iaitu output daripada proses transformasi ini akan dapat dicapai dengan lebih cekap apabila aktiviti-aktiviti dan sumber-sumber yang terlibat diuruskan mengikut pendekatan proses.

5. PENGURUSAN YANG MENGAMALKAN PENDEKATAN SISTEM

Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubung kait dikenal pasti dan diuruskan dengan baik supaya objektif organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan dan cekap.

6. PENAMBAHBAIKAN SECARA BERTERUSAN

Usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan hendaklah menjadi objektif kekal organisasi. Organisasi perlu merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara terusan ke atas sistem pengurusan sistem kualitinya. Tindakan ini boleh diambil berasaskan dasar kualiti, objektif-objektif kualiti, hasil audit, penganalisisan ke atas data, tindakan pembetulan dan pencegahan serta kajian semula pengurusan.

7. PENDEKATAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERDASARKAN FAKTA

Keputusan-keputusan hendaklah berdasarkan kepada data dan maklumat yang tepat supaya keputusan-keputusan ini berkesan.

8. HUBUNGAN DENGAN PELANGGAN UNTUK FAEDAH BERSAMA

Organisasi dan pelanggan saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan yang baik akan membawa faedah dan meningkatkan prestasi kedua-dua pihak.

Projek Tahun Akhir (PTA)

Latihan Industri

                        

 "      Permohonan KV/SMT  

      

      

Hubungi Kami

Kolej Vokasional Melaka Tengah
Jalan Tun Telani
75450 Bukit Katil
Melaka.

Email : mha2002@1bestarinet.yes.my
No. Telefon : 062326190
No. Faks : 062329672

Waktu Operasi

Isnin hingga Khamis:
8.00am to 05.00pm

Jumaat:
8.00am to 12.00pm | 2.45pm to 05.00pm

Joomla templates by Joomlashine